Monday, September 6, 2010

budok kelate

Aku ore kelate, rasenye x patut aku mendabik dada bila ada orang cakap budak kelate ni baik2 dan juruuuuuuuuuuuuhh, tapi pada masa yang sama kadang diri terasa sangat hina bila org melabelkan budak kelate sebagai ikon kejahatan.

Menurut pemerhatian aku, budok kelate ni memiliki sifat ekstrim dimana mereka biasanya terbahagi kepada 2 kelompok majoriti dan 1 kelompok minoriti. hal ini menyalahi graf distribusi normal dimana dikatakan pada taburan normal kelompok ekstrim adalah kelompok yang sangat sedikit sedangkan pada budak kelate ini golongan ekstrimlah yang memiliki jumlah majoriti. 2 kelompok majoriti ini ialah kelompok yang saaangatlah baik dan kelompok yang saaangatlah jahat. kedua2 kelompok ini mempunyai jatidiri kelate yang sangat tebal dan memiliki karakter tersendiri. oleh kerana karakter dan jumlah mereka yang ramai menyebabkan masyarakat melihat budak kelate sebagai samaada budak yang sangat jahat atau sangat baik.

Kelompok pertama ialah kelompok yang sangat jahat biasanya terdiri dari perogol, tukang pukul, curi kete, penyangak, penyamun dan yang sewaktu dengannya. tidak ketinggalan juga budak2 skolah agama yang da lupe didikan dan berjaya dihasut syaitan. kelompok ini biasanya akan kehilangan taring dan beransur2 menjadi baik apabila meningkat dewasa dan bekeluarga. anggota kelompok aktif biasanya berumur antara 15-30 tahun

kelompok kedua pula merupakan golongan sangat baik yang terdiri dari ustaz2, budak skolah agama@maahad yang masih berpegang teguh pada ajaran agama, budak skema badak, geng2 masjid dan sebagainya. kelompok ini pulak biasanya dianggotai oleh budak baru lahir sampai la yang lanjut usia dan akhirnya mati.Budak baru lahir kan baik2, mane ada yang jahat dan kelompok ini biasanya akan beristiqamah untuk baik sampai ke ujung usia.

kelompok ke3 pula merupakan kelompok minoriti dimana aku labelkan mereka sebagai golongan putih@berkecuali(sukeati aku la nak bagi name ape pom blog aku haha). mereka ini biasanya tidak memiliki jati diri kelate yang menebal dan seringkali lebih terbuka dengan budaya dari luar. Mereka kurang menonjol mewakili budak kelate kerana mereka tidak lagi menunjukkan jatidiri sehingga masyarakat tidak lagi melihat mereka sebagai budak kelate. mereka biasa terdiri dari budak baru baligh sampai la org tua.

kelantan diberi jolokan serambi mekah, x malu ke kalo lagi ramai geng jahat dari geng baik? macam mane nak sattlekan masalah ni?ambo raso kita keno buat lagu ni:


hentikan pengeluaran produk gagal yang akan menjadi perintis dari kelompok pertama. Dengan tiadanya generasi pengganti geng jahat yang biasanya mulai aktif pada umur belasan tahun maka kelompok jahat dan memalukan ini akan pupus dengan sendirinya kerana mereka cenderung tobat pada usia 30an. bagaimana menghentikan penghasilan memerlukan analisa bagaimana kelompok ini asalnya terbentuk.


  • punca utama biasanya akibat rendahnya taraf pendidikan

  • sikap berpuak2 sehingga dimanapun mereka pergi mereka akan membentuk sek klate. Kekuatan yang terkumpul akibat ramainya anggota menyebabkan mereka berani berbuat sesuka hati.

  • tidak mampu beradaptasi dengan budaya diluar sehingga mereka x tahu memilih antara yang baik dan buruk

hal2 ini dapat diatasi dengan memberikan pendidikan yang baik kepada mereka serta merubah pola fikir ibubapa yang biasanya agak tertutup. ibubapa harusnya lebih terbuka mendedahkan anak2 kepada budaya dari luar tanpa mengabaikan jatidiri dengan memberikan bimbingan yang mencukupi sehingga mereka tahu yang mana yang baik dan yang mana yang salah. jangan terlalu tertutup dalam pergaulan sehingga mereka hanya bergaul sesama mereka dan harus berani menyahut seruan globalisasi(wah3 x ley blah ayat aku haha)

seterusnya untuk memperbaiki citra serambi mekah. golongan putih@berkecuali janganlah terus menyepi bahkan seolah2 tidak mengakui bahawa mereka sebagian dari budak kelate. jumlah geng baik akan bertambah apabila geng putih menyertai mereka. bantulah geng baik agar jumlah yang ramai ini akan lebih mencerminkan bahawa budak kelate tu baik2 jugak..ramai je yang baik tapi selama ini mereka berselindung karena lemahnya jatidiri mereka.

cuba bayangkan betapa indahnya apabila generasi perintis geng jahat tidak lagi dihasilkan sehingga mereka pupus, geng baik terus istiqamah dan golongan putih@berkecuali menyarung kembali jatidiri mereka. serambi mekah akan diiktiraf masyarakat dan produk manusia yang berteras agama akan terus dihasilkan dan bertebaran menyampaikan cara hidup yang baik dan islami..subhanallah

No comments:

Post a Comment