Sunday, September 26, 2010

wahai..

wahai anak-anak berterimakasihlah terhadap org tuamu kerana mereka menjagamu dan tidak mengizinkan walau seekor nyamuk menghisap darahmu, wahai isteri berterima kasihlah terhadap suamimu yang sudi menjagamu, wahai suami berterima kasihlah kepada isterimu karena sudi menemanimu, wahai isteri berterima kasihlah terhadap mertuamu karena sudi berkongsi anaknya dengan dirimu,
wahai suami bertemakasihlah terhadap mertuamu karena mengizinkanmu memiliki anaknya,
wahai suami berterimakasih lah terhadap ibumu yang telah menjaga dan membesarkanmu, perkahwinan tidak pernah memutuskan tanggungjawabmu terhadap orangtuamu,
wahai isteri tanggungjawabmu terhadap suami dan keluargamu bermula apabila kamu diijabkabulkan..

Tuesday, September 7, 2010

fresh graduate dentist from overseas-whut to do?(lapor diri)

dari sebok tanye orang yang da grad lame n lupe da step dia baek korang bace ni je

http://www.jpa.gov.my/docs/blatihan/Carta%20BM.ppt#505,1,Slide 1

memula lapor diri kat JPA dulu..
bace ini ok
http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=451%3Apengurusan-kerjaya&catid=55&lang=ms

da siap jpa baru SPA, u should read this

http://www.spa.gov.my/portal/page?_pageid=53%2C53144&_dad=portal&_schema=PORTAL

semoga membantu urusan saudara. selamat berkhidmat untuk agama, negara dan bangsa

Monday, September 6, 2010

budok kelate

Aku ore kelate, rasenye x patut aku mendabik dada bila ada orang cakap budak kelate ni baik2 dan juruuuuuuuuuuuuhh, tapi pada masa yang sama kadang diri terasa sangat hina bila org melabelkan budak kelate sebagai ikon kejahatan.

Menurut pemerhatian aku, budok kelate ni memiliki sifat ekstrim dimana mereka biasanya terbahagi kepada 2 kelompok majoriti dan 1 kelompok minoriti. hal ini menyalahi graf distribusi normal dimana dikatakan pada taburan normal kelompok ekstrim adalah kelompok yang sangat sedikit sedangkan pada budak kelate ini golongan ekstrimlah yang memiliki jumlah majoriti. 2 kelompok majoriti ini ialah kelompok yang saaangatlah baik dan kelompok yang saaangatlah jahat. kedua2 kelompok ini mempunyai jatidiri kelate yang sangat tebal dan memiliki karakter tersendiri. oleh kerana karakter dan jumlah mereka yang ramai menyebabkan masyarakat melihat budak kelate sebagai samaada budak yang sangat jahat atau sangat baik.

Kelompok pertama ialah kelompok yang sangat jahat biasanya terdiri dari perogol, tukang pukul, curi kete, penyangak, penyamun dan yang sewaktu dengannya. tidak ketinggalan juga budak2 skolah agama yang da lupe didikan dan berjaya dihasut syaitan. kelompok ini biasanya akan kehilangan taring dan beransur2 menjadi baik apabila meningkat dewasa dan bekeluarga. anggota kelompok aktif biasanya berumur antara 15-30 tahun

kelompok kedua pula merupakan golongan sangat baik yang terdiri dari ustaz2, budak skolah agama@maahad yang masih berpegang teguh pada ajaran agama, budak skema badak, geng2 masjid dan sebagainya. kelompok ini pulak biasanya dianggotai oleh budak baru lahir sampai la yang lanjut usia dan akhirnya mati.Budak baru lahir kan baik2, mane ada yang jahat dan kelompok ini biasanya akan beristiqamah untuk baik sampai ke ujung usia.

kelompok ke3 pula merupakan kelompok minoriti dimana aku labelkan mereka sebagai golongan putih@berkecuali(sukeati aku la nak bagi name ape pom blog aku haha). mereka ini biasanya tidak memiliki jati diri kelate yang menebal dan seringkali lebih terbuka dengan budaya dari luar. Mereka kurang menonjol mewakili budak kelate kerana mereka tidak lagi menunjukkan jatidiri sehingga masyarakat tidak lagi melihat mereka sebagai budak kelate. mereka biasa terdiri dari budak baru baligh sampai la org tua.

kelantan diberi jolokan serambi mekah, x malu ke kalo lagi ramai geng jahat dari geng baik? macam mane nak sattlekan masalah ni?ambo raso kita keno buat lagu ni:


hentikan pengeluaran produk gagal yang akan menjadi perintis dari kelompok pertama. Dengan tiadanya generasi pengganti geng jahat yang biasanya mulai aktif pada umur belasan tahun maka kelompok jahat dan memalukan ini akan pupus dengan sendirinya kerana mereka cenderung tobat pada usia 30an. bagaimana menghentikan penghasilan memerlukan analisa bagaimana kelompok ini asalnya terbentuk.


  • punca utama biasanya akibat rendahnya taraf pendidikan

  • sikap berpuak2 sehingga dimanapun mereka pergi mereka akan membentuk sek klate. Kekuatan yang terkumpul akibat ramainya anggota menyebabkan mereka berani berbuat sesuka hati.

  • tidak mampu beradaptasi dengan budaya diluar sehingga mereka x tahu memilih antara yang baik dan buruk

hal2 ini dapat diatasi dengan memberikan pendidikan yang baik kepada mereka serta merubah pola fikir ibubapa yang biasanya agak tertutup. ibubapa harusnya lebih terbuka mendedahkan anak2 kepada budaya dari luar tanpa mengabaikan jatidiri dengan memberikan bimbingan yang mencukupi sehingga mereka tahu yang mana yang baik dan yang mana yang salah. jangan terlalu tertutup dalam pergaulan sehingga mereka hanya bergaul sesama mereka dan harus berani menyahut seruan globalisasi(wah3 x ley blah ayat aku haha)

seterusnya untuk memperbaiki citra serambi mekah. golongan putih@berkecuali janganlah terus menyepi bahkan seolah2 tidak mengakui bahawa mereka sebagian dari budak kelate. jumlah geng baik akan bertambah apabila geng putih menyertai mereka. bantulah geng baik agar jumlah yang ramai ini akan lebih mencerminkan bahawa budak kelate tu baik2 jugak..ramai je yang baik tapi selama ini mereka berselindung karena lemahnya jatidiri mereka.

cuba bayangkan betapa indahnya apabila generasi perintis geng jahat tidak lagi dihasilkan sehingga mereka pupus, geng baik terus istiqamah dan golongan putih@berkecuali menyarung kembali jatidiri mereka. serambi mekah akan diiktiraf masyarakat dan produk manusia yang berteras agama akan terus dihasilkan dan bertebaran menyampaikan cara hidup yang baik dan islami..subhanallah

hatimu baik walau mukamu pecah

Tadi kat mall aku geleng kepala tgk rambut budak2 zaman skarang ni, style ape tah rambut sesekor, pelik da aku tengok..muke da la pecah, rambut lak camtu, kalo org hensem tu rambut nak wat camne pun x de la aku kesah sangat..
Kat parking lot aku tengok segerombolan lagi manusia bermuke agak2 pecah dan tidak bercahaya dok ramai2 depan sebuah kete. "telanggar mase nak parking kot"hatiku berkata. "lunyai la sape yang langgar tu, tobat kene pukul", punye la ramai geng dia. aku tengok2 gak la..mane tau aku perlu berubah jadi otromen ke untuk menyelamatkan keadaan sebab aku tgk ada sorang dak laki baye 20an n awek2 3 org, adik dia kot. usha punye usha rupenye geng2 tu tengah tlg matikan alarm kete tu yang x mau berenti berkokok, rusak tang mane tah, dan dengan bantuan geng2 itu maka sembuh lah kereta tersebut dan tertolonglah si pemuda dan para awek, x tau la dorang tolong ikhlas ke sebab nak jadi adik ipar tapi aku tersentuh dengan peristiwa petang ni, dalam rambut yang x bape beres tu masih tersimpan hati yang sudi menolong sesama manusia =)

perempuan oh perempuan!!

Aku x faham betol la camne mekanisme kerja otak perempuan ni, bole ke dia ngeluh2, protes2 satu benda cam benda tu besaaar sangat masalahnyee tapi otak dia x sebok pk pun camne nak solvekan masalah tuu...patut la pompuan ni suke beleter kan, dengan beleter je otak dia da puas, walaupun masalah x sattle. Org nak pk sampai pecah kepala nak selesaikan 'masalah' itu urusan dorang.
Dengar khabar angin je pon sebok, lom tau betol salah da tlg sampaikan kat orang..abes sume org pening kepala..para lelaki sebok la pk pakai otak nak selesaikan masalah khabar angin, para perempuan ni da senang hati da dapat luahkan gossip terbaru..last2 upernye x betol pun khabar angin tu..masalah x pernah ada pun..tp punye la yakin menyampaikan berita cam masalah besar gedabak dok depan mukeee..pastu wat bodo je,wat x bersalah, budget2 innocent, blah la wei, at least minta maaf ke hape ke..ni x..selambeeerr jee

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.(Surah Al-Hujurat: 6)

Saturday, October 3, 2009

koas

Lum pk nak tulis pasal ape yang seryes..maybe just nak sharing pasal student life kat medan indonesia nii..terutama pasal clinical(koas org indonesia panggil) ngan insan2 yang bakal bersama2 menempuhinyaa pasni huhuu..welcome to da club lah..

Kitorang dulu memula masuk oral medicine, pengalaman yang best, syukur sebab masuk sini dulu coz kat sini lebey banyak didedahkan pasal camne nak tegakkan diagnosis, camne nak educate patient, drug of choise n kat sini lum diperlukan hand skill so agak2 relax dan x la culture shock sgt..mase ni tgh smangat, maklum la baru masuk. Kene cari patient sendrii, nak harapkan patient klinik emang x dop harapan la..emang x de sebab maybe masyarakat lum tau pom kalu ada deparment oral medcine ni..biase la masyarakat lum health minded sgt ag pom..biase pas balik klinik, smayang jap then terus masuk gang2(lorong) celah2 kampung untuk cari patient..yg agak susah dicari ialah AC(angular ceilitis) dan DS(denture stomatitis)..strateginye korang masukkan lah DS dulu sebab kontrol dia lame sket, seminggu ke 2 minggu tah aku lupe..yg lain2 ok je..best je, doktor baik2, relax berbanding deparment lain. da siap sume case tu then ready untuk post test..soal postest slalu x jauh2 dari aplikasi yg dberikan oleh doktor tiap2 pagii, so buat note mase aplikasi n stadi2 la case yg diberi n dibincangkan tu

Second department ktorang masuk perio, penat gilee x ingat, nak2 mase tu still ada drg rini, kat perio ni aturannye x ley balik sebelum doktor balik. so tepakse la tunggu drg rini yang rajen teramat tu balik..alamatnyee tiap petang la balik lambat, kat perio ni da mule kene ada hand skill, tp x la terlalu susah, lg pun risiko komplikasi x terlalu besar, ye la scaling je kan,cume kene pandai tgk kaca mulut la..memula bingung kanan kiri ble pakai cermin haha, lame2 ok la, practice makes perfect kate omputeh..kene wat case scaling biase 20 sektan, bukan masalah besar, masalah sebenar ada kat case periodontitis dan gingivitis. di sini diperlukan teori yg kuat sebab nanti akan disoal siasat oleh doktor mase buat treatment planing tu(RP=rencana perawatan). selain daripada teori, PR korang kene kuat la, kene pandai2 jage hubungan ngan patient n educate dia tentang pentingnye dia meneruskan treatment sampai selesai sbb patient kene datang lebey kurang 5 kali untuk gingivitis n 7 kali untuk periodontitis tergantung keparahan. patient kadang malas datang berulang2 n satu2 sesi perawatan kadang lame gak. Kat perio gak kite kene buat satu surgery, ley pilih mane2 satu samaada gingivektomy, gingivoplasty atau frenectomy. seblumnye ada pretest dulu. soalan selalu seputar indikasi, alat n bahan, beza gingivektomy n gingivoplasty, ubat n post operation management.pasal post test hafal je soalan past year..tp skarang ada soal slide plak kot so blaja la segala teori jgn hafal past year je.

Third department kitorang ialah oral surgery. Tambah 1 lagi hand skill. hal menakutkan pertama yg terjadi ialah aplikasi suntik menyuntik..bagi membolehkan dilakukan aspirasi maka lecturer tercinta suruh pakai spuit yg 5 cc..jarum besar bagak..dan aplikasi suntik menyuntik dilakukan diantara mahasiswa. Dan dan sume orang sakit perut mase tu huhu..tgk diameter jarum suntik buat sume org kecut perut tp alhamdulillah terlewati juga, pasni giliran korang la pulak haha..then cabut mencabut perlukan skill tersendiri..baik2 la ngan senior, tgk dorang wat kije sementara korang lom bley wat kije sebab kene blaja diagnosis dlu, 6 case yg indikasi cabut kalo x salah.cabut la gigi banyak2..bile lagi nak blaja kan, n kalo ada senior cakap BM nilai b je tu jgn dengar..nilai klinik la yg akan bantu dapat B+ dan nilai BM n orto la yg akan memberi efek kepada nilai CGPA nantinya..so kumpul nilai klinik biar dapat A, n pas tambah nilai postest selalunya akan dapat la nilai B+

ha,,kita sambung plak masuk dept konservasi gigi..huih..department ni mmg macam2 TER.. TER.. TER.. sambung sendirila TER.. ape.. tapi if da lepas,, manisnye rase..hehehe.. actually bukan ape, rasenya kat konser lah yang banyak mengajar erti jadi koas fkg (kot?) teeheee =p kat sinilah kita boleh tgok org yang penting kan diri sendiri..selfish gle! dtg subuh2 cupkan unit..berebut dengan org..huih..maleh pikir..tapi kita doa la slalu.. smoga tiap hari kita nak keje..hope la ade unit kosong untuk kita. yang susahnya bukan ape..1 unit kadang2 4-5 koas..macam mana nak dapat turn tu? da la patient bley dtg pada hari tertentu je.. hm.. doa banyak2 agar dipermudahkan (senangnye cakap sbb da lepas~)
pastu..cara kita nak jaga hubungan baik dengan dosen..jage lah perangai..skali kena pangkah..sampai last pun dosen2 akan ingat.. so hati2..wat bende2 yang betul je..jgn lah sok2 pandai..kalo da kena pangkah..merana jiwa.hehehe.satu lagi dgn makcik jaga barang tuh.pandai2 la..nak jadi kaki kipas ke ape hahaha..tak logik btol kalo bagi cenonet..nak isi fujirok mcm mana..huh!
hm..kalo korang nak amek hati dosen, nak suh dikenali sbg budak pandai..banyakla bertanya time paper pagi2.sure dosen akan kenal kamu..eh,, tapi tanyalah soklan yang mencabar..jgn tanya soklan budak tadika plak.prof tri suka org yg banyak tanya n dia akan ingat org tu sbg budak pandai..heehe..kalo da dapat dosen pembimbing,, siapkan cepat2 paperan.jgn lengah2..paperan pun minreq jgak tau.malu tau kalo tak lepas paperan dlm siklus.
next,, ape eh..oo..sabar je la dlm konser tu .lastly untuk department konser:
1. blajarlah.jgn nak kejar minreq je.sampai nak bezakan klas cavity pun tunggang terbalik lagi..kan malu kat lecturer (tu pun kamu tak tau?)kan untuk kita jgak..OD pun jadi cepat.
2. alat2 mesti cukup.jgn kedekut beli alat sendiri.jgn dok minjam je memanjang (jadi lambat keje nanti)..cup light cure awal2
3. so, bila ilmu da ada n alat da ada,, kita otomatik yakin nak keje..dalam kepala mesti set,, aku nak buat yang terbaik n cepat(cepat-bukan rusuh tau)..jadi, operator senang, pasien senang.win-win.if kita keje cepat,, mb kita dapat terkejar PU dalam siklus.so dapat nilai bagus n unit pun senang dapt.kalu jadi senior,, org pandang sblah mata je nak bagi unit pun..korang faham lah nanti.so, SEMANGAT!!
4.banyakkan doa.hope takde kendala antara unit, pasien, dosen. penting sangat..kita da usaha semampu kita..hope YANG DI ATAS la perkenankan.kat konser ni mmg banyak je yg tukar2 patient.trutama PSA.yg tak mo dtg lagik pun ade.so doa banyak2.
5. banyakkan sabar.penat mmg penat..kena marah lagi.keje dari hujung ke hujung.kocek pun asyik bocor je.last2 akan manis jugak akhirnya heheeee

akhir kate..x larat la nak cite sorang2..kepada sesiapa yg sudah berpengalaman tu bole la komen2 sekalian tulis pengalaman korang, yg sedang menghadapi n ada soalan pom komen gak, ramai la yg nak tolong jawab tuu huhuu